1. Bertaubat dan Memohon Keampunan
Di malam pertama Islam menganjurkan kepada pasangan suami isteri
supaya membersihkan diri dari dosa dan noda yang pernah dilakukan sebelum ini
sama ada zahir dan batin. Oleh itu mereka disarankan supaya memohon taubat
kepada Allah sama ada dengan sembahyang sunat taubat atau beristiqfar
kepadanya.Diharapkan pertemuan buat kali pertama,ini benar-benar memberi makna
dalam membina kehidupan baru yang dapat mengabdikan diri kepada Allah.
2. Amalan Semasa Masuk Bilik / Rumah
Semasa masuk rumah atau bilik bacalah doa terlebih dahulu iaitu
:
اللــــــهُمَّ إنِي
أَسْئَلُكَ خَيْرَالمَوْلج وَخَيْرَ المَخْرَج بِاسْمِ الله ولَحَنَا وباسم الله
خَرَجْنَا وَعَلَى الله رَبَنَّا تَوَكَّلْنَا
Ertinya : “Wahai Allah, aku pohonkan daripada kamu sebaik-baik
tempat masuk dan tempat keluar ini. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan
nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami berserah.”
Dan dahulukan kaki kanan apabila masuk bilik / rumah tersebut.
3. Sembahyang Sunat di Bilik Tidur
Seterusnya apabila suami isteri sudah berada di bilik tidur maka
sunat keduanya sembahyang sunat dua rakaat. Selesai sembahyang sunat, bacalah
surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas dan selawat Nabi sebanyak tiga kali dan
diiringi dengan doa seperti berikut :
اللــهم
بَارِكْ لِي فِي اَهْلِي وَبَارِكْ لَهُمْ اللــــهم اجْمَعْ بَيْنَنَا مَا
جَمَعْتَ بِخَيْرٍ وَفرّق بَيْنَنَا اذا فَرَقّتَ بِخَيْرٍ
Ya Allah, berkatilah bagiku di sisiku ahliku, dan berkatilah
bagi mereka. Ya Allah, jadikanlah pertemuan kami ini suatu pertemuan yang baik.
Dan pisahkanlah kami, andainya perpisahan itu sebagai kebaikan.
Ya Allah, berilah rezeki kepada mereka daripada ku dan berilah
rezeki kepada aku daripada mereka. Dan jadikanlah kemesraanku dan kasih
sayangku bagi mereka. Dan jadikan kami semua saling cinta mencintai.
4. Beramah Mesra
Selepas itu si suami hendaklah memusingkan badannya dan hadapkan
mukanya tepat kepada isterinya dan duduk bertindih peha seraya memberi salam kepadanya.
Ini adalah sebagai mukaddimah untuk berbual mesra antara suami
dan isteri supaya ianya benar-benar merasa gembira dan mesra.
5. Meletak tangan kanan di atas ubun-ubun isteri
Selepas itu suami hendaklah meletakkan tangan kanannya di atas
ubun-ubun isterinya bertujuan memohon keberkatan dan kebaikan dan bacalah doa
seperti berikut:-
اللــــــــــــــهم
إني اســـــــــئلك مــِن خَيْرِهَـــــــا وَخَير مَــــا جـــــبلتُهَـــــا
عَليْه وأعــــوذبــِك مـِنْ شَـــرهــــــا وشرمــا جبلتها عليــه
Ertinya : Ya Allah, sesungguhnya aku pohon daripada Kamu dari
sebaik baiknya barang ciptaan Kamu. Dan aku berlindung dengan kamu daripada
seburuk-buruknya dan seburuk-buruk yang telah Kamu ciptakannya.
- Bersedia dan dalam keadaan selesa
Suami isteri hendaklah memastikan pasangan masing-masing dalam keadaan
bersedia, tempat yang selesa dan masa yang sesuai. Suami isteri juga hendaklah
mengambil kira dan tidak melakukanhubungan kelaminketika pasangan berada
dalam keadaan berikut;
- Sedang sakit yang memudaratkan
- Keletihan
- Kesedihan
- Kekenyangan (baru lepas makan) atau pun sedang kelaparan.
- Keletihan
- Kesedihan
- Kekenyangan (baru lepas makan) atau pun sedang kelaparan.
Ini untuk mengelakkan dari pasangan merasa benci, kecewa, marah,
sedih dan tertekan.
- Lucut Pakaian Kesemuanya Di WaktuBersetubuh
Di antara adab-adabbersetubuhiaitu janganlah mendatangani isterinya selagi isterinya belum
melucutkan semua pakaiannya. Kedua-duanya hendaklah berselimut di dalam satu
kain selimut sebaik-baiknya kedua-duanya melucutkan pakaian.
Tetapi janganlah kedua-duanya bertelanjang bogel di waktu
melakukanpersetubuhankerana kepada Allah sepatutnya kamu lebih-lebih
lagi rasa malu. Adalah Rasul (s.a.w) di waktu dia mendatangani isterinya, dia
menutupi kepadanya.
Suaranya diperlahankan dan dia berkata “bertenang”. Suami yang
hendak mendatangani isterinya, sepatutnya dia dan isterinya tertutup di dalam
satu kain selimut. Tidak menjadi soalan sama ada mereka menghadap Kiblat
ataupun tidak. Beginilah tegasnya Al Khatab.
- Bercumbu cumbuan
Di antara sunnah Islam ialah bercumbu cumbuan, bersuka ria dan
bergurau senda dengan isteri terlebih dahulu. Rasulullah s.a.w. pernah
berjenaka atau bergurau senda dengan isteri-isterinya. Beliau menyelami
peringkat peringkat akal mereka dalam pekerjaannya dan tingkah laku, sehingga
al Nasai, Abu Daud dan Ibn Majah ada meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w.
pernah berlumba lari dengan isterinya `Aisyah menang satu hari dan Rasulullah
s.a.w. menang beberapa hari, maka baginda berkata : “Ini lawan itu” Saiyidina
Omar, walaupun terkenal kasar pernah berkata bahawa seseorang lelaki sebaiknya
menjadi seperti seorang kanak-kanak ketika berada di sisi keluarganya. Apabila
mereka menuntut sesuatu daripadanya, hendaklah dia menjadi seorang lelaki. Di
dalam dua hadis sahih Bukhari dan Muslim, hadis yang diriwayatkan oleh Jariah
bin Wahab al Khazai, bermaksud :
“Apakah kamu mahu mendengar tentang ahli neraka, dia ialah
setiap orang yang keras, megah dan angkuh”
Di dalam riwayat Abu Daud :“Tidak masuk syurga orang yang
megah dan angkuh”
Maksudnya orang yang bersikap kasar terhadap ahli keluarganya
dan angkuh dengan dirinya. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh
Jabir :“Kenapakah kamu tidak mengahwini anak dara, dia bermesra denganmu
dan kamu pula bermesra dengannya”
Tetapi sederhana di dalam beramah-mesra adalah baik seperti
sederhana di dalam lain-lain hal juga.
Sunat dimulai dengan menyebut nama Allah s.w.t. atau dengan
membaca `Bismillah’ kemudian membaca surah Al-Ikhlas serta membaca takbir
“Allahu-Akbar” dan tahlil. Kemudian menyebut :
باسم
الله العلي العظيم اللهم اجعلنها ذرية طيبة إن كنت قدرت ان تخرج ذلك من صلبي
“Dengan nama Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Besar. Ya Allah,
jadikanlah dia zuriat yang baik, jika engkau mentakdirkan ianya keluar dari
sulbiku”.
Dan baca doa terlebih dahulu sebelum memulakanhubungan
kelamin, bagi melindungi mereka dan zuriat mereka dari gangguan syaitan.
Doanya seperti berikut;
بسم
الله اللهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا
Maksudnya: “Dengan nama Allah, wahai Tuhan kami jauhilah kami
daripada syaitan dan hindarilah anak yang Engkau anugerahi kepada kami daripada
gangguan syaitan.”
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh al-Syaikhan
(Bukhari dan Muslim), daripada Ibn Abbas”
“Jika seorang dari kamu apabila mendatangi keluarganya (mahumenyetubuhiisterinya) lalu berdoa :
“Jika seorang dari kamu apabila mendatangi keluarganya (mahumenyetubuhiisterinya) lalu berdoa :
اللـــّــــــــهُمَّ
جَنِبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا
Erti maksudnya ialah; “Ya Allah, jauhilah kami dari syaitan dari
apa yang Engkau kurniakan untuk kami.“ Jika sekiranya mereka berdua dikurniakan
anak, nescaya tidak diganggu oleh syaitan.
Beginilah doa yang tersebut di dalam hadis yang telah
diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a. daripada Nabi s.a.w. dengan sabdanya
yang berbunyi :
لو
كان احدكم إذا أتي اهله قال باسم الله اللهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا
Ertinya : “Jikalaulah sesungguhnya siapapun daripada kamu hendakmendatangiisterinya,
dia berdoalah : “Dengan nama Allah. Ya Allah ! Jauhilah kami dari syaitan. Dan
jauhilah syaitan dari barang yang Kamu kurniakan rezeki kepada kami.” Maka jika
dikurniakan bagi keduanya seorang anak, nescaya tidak boleh dirosakkannya oleh
syaitan buat selama-lamanya”. (Hadith Riwayat Al-Bukhari)
Ulamak-ulamak fiqh bersalahan pendapat tentang makna “tidak
boleh dirosakkannya oleh syaitan buat selama-lamanya.” Ada di antara mereka
berpendapat, bahawa syaitan tidak mampu hendak merosakkan akidah anak yang akan
dilahirkan nanti. Ertinya syaitan tidak boleh menggoda agama kanak-kanak ini,
hingga dia menjadi kafir. Pendapat ini memberi artikulasi masa depan anak yang
akan dilahirkan ke dunia. Yang mana dia telah ditulis di masa dia masih di
dalam kandungan lagi, bahawa dia akan mati kelak di dalam keimanan. Golongan
ulamak yang lain pula berpendapat, bahawa yang dikehendaki dengan hadis tadi,
iaitu dengan berkat doa ini, anak yang akan dilahirkan nanti akan menjadi hamba
Allah yang ikhlas.
Apabila hampir mengeluarkan mani (inzal), maka katakan di dalam
hati tanpa menggerakkan dua bibirmu:
الحمد
لله الذي خلق من الماء بشرا فجعله نسبا طهرا وكان ربك قديرا
“Segala pujian bagi Allah yang menciptakan manusia dari air,
lalu ia jadikan manusia itu punya keturunan dan musaharah (hubungan
kekeluargaan melalui perkahwinan seperti menantu, ipar dan lain-lain). Tuhanmu
Maha Berkuasa”
- Kemudian dia mengelakkan diri dari mengadap qiblat. Dia tidak
mengadap ke arah qiblat kerana dia seorang yang berjunub, sebagai menghormati
qiblat.
- Kemudian apabila si suami mahu menamatkan persetubuhan itu,
hendaklah dia perlambatkan sedikit untuk memberi peluang kepada isterinya
sampai ke puncaknya, kerana inzal atau pancutan mani si isteri mungkin terlewat
dan merbahaya kepada syahwatnya …
Kemudian jika terlalu lambat mungkin menyakitkan isterinya pula.
Ketidaksamaan di segi tabiat inzal ini akan menimbulkan kegelisahan, sekalipun
suami mendahului, isterinya, sebaliknya persamaan masa inzal lebih melazatkan.
Kalau suami berdiam diri selepas inzal, mungkin isterinya malu walaupun dia
(isteri) belum sampai ke peringkat tersebut.
Persetubuhanpatut
dilakukan empat malam sekali, jika suami mampu berbuat demikian. Itu lebih
adil, difahamkan daripada bilangan isteri yang dibenarkan kahwin seramai empat
orang. Boleh pula dikurangkan dari kadar tersebut. Ya, sebenarnya boleh
ditambah atau dikurangkan mengikut kadar keperluan dalam menjaga diri melalui
perkahwinan, kerana menjaga diri melalui perkahwinan itu menjadi kewajipan.
- Memberi penghargaan – Suami isteri digalakkan mengucap syukur
pada Allah S.w.t kerana diberi nikmat dan kepuasan dalam melakukan hubungan
kelamin. Suami isteri juga harus saling berterima kasih kepada pasangan dengan
ucapan, ciuman dan pelukan. Penghargaan yang diberi akan menyuburkan kasih
sayang dan meningkatkan kendiri (self esteem).
- Bersederhana –Hubungan kelamin@jima’yang baik
ialah yang dilakukan dalam keadaan sederhana mengikut keperluan dan kemampuan
suami isteri sama ada dari segi kekerapan ataupun teknik yang digunakan.
Suami isteri dilarang melakukanhubungan kelaminyang boleh
memudaratkan kesihatan dan emosi seperti menyiksa dan memukul pasangan sebelum
melakukanjima’. Pasangan suami isteri dinasihatkan tidak menonton video
lucah atau meniru aksi yang bertentangan dengan nilai kemanusiaanbersetubuh-dalam-islam/”>.
- Tidak menyebarkan rahsia – Suami isteri haram menyebarkan
rahsiahubungan kelaminkepada orang lain walau dengan apa cara sekalipun.
Rasulullah S.a.w bersabda yang maksudnya,“Sesungguhnya
sejahat-jahat manusia di sisi Allah pada hari Kiamat ialah seorang lelaki yang
melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajatnya
kepadanya kemudian dia menyebarkan rahsia itu.”(Hadith Riwayat Muslim)
Sebagai kesimpulan lihatlah perkara-perkara seperti berikut :
A. Sunat-sunat dalam melakukan Persetubuhan
1. Suci daripada hadas kecil, tegasnya sunat terlebih dahulu
mengambil air sembahyang.
2. Mandi dan memakai wangi-wangian.
“Sesungguhnya Allah itu baik dan menyukai kebaikan, bersih dan
menyukai kebersihan”.
(Hadith Riwayat Tirmizi)
3. Memakai pakaian yang mengghairahkan tegasnya pakaian
menimbulkan nafsu syawat (lelaki atau perempuan).
4. Sunat melakukanpersetubuhanpada hari Jumaat atau
malamnya, malam Khamis dan malam Isnin.
5. Sunatbersetubuhdiwaktu sihat, jangan waktu terlalu
lapar atau terlalu kenyang.
6. Sunatbersetubuhdengan bersenda gurau dan bermain-main
terlebih dahulu supaya dapat membangkitkan syawat seterusnya jika memperolehi
anak, insyaAllah akan cerdik (berakal). Kemesraan mesti ada, dan proses ini
penting untuk mengurangkan kesakitan, perasaan gemuruh, gementar, malu, takut
dan rasa tertekan.
7. Sunatbersetubuhdalam satu selimut dan di atas satu
hamparan elakan daripada telanjangbogel tanpa penutup kain.
8. Sunat membaca bismillah dan doa sebelum dan sesudahbersetubuh.
9. Selesaibersetubuhsunat disegerakan mandi junub jika
tidak dapat dilakukan atas sebab-sebab tertentu sunat membasuh kemaluan dan
mengambil air sembahyang (wuduk).
Imam Al-Ghazali berkata : “Setengah ulamak menyatakan sunat
bersetubuh pada hari Jumaat dan Malamnya, berpandukan salah satu ta’wil
daripada sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud“Allah merahmati orang yang
mandi dan memandikan isteri (Pada hari Jumaat)”.
B. Perkara Yang Makruh dalam Persetubuhan
1. Makruh jima’ pada malam dua hari raya dan pada awal pertengahan
(tanggal 15) dan akhir tiap-tiap bulan Islam.
2. Makruh jima’ di bawah matahari atau bulan mengambang.
3. Makruh jima’ selepas solat zohor hingga ke petang.
4. Makruh lelaki melihat faraj isterinya dan perempuan melihat
zakar suaminya boleh mewarisi buta.
5. Makruhjima’jika dapat dilihat atau didengar orang
malah haram sekiranya sengaja dilihat orang.
Ada pendapat yang mengatakan : Bahawa makruhbersetubuhtiga
malam dalam bulan Islam, iaitu malam yang pertama, malam yang akhir dan malam
pertengahan bulan. Dikatakan bahawa kenyataan tersebut adalah mengikut pendapat
Ali, Mu’awiah dan Abu Hurairah.
Fatwa sahabat bukanlah merupakan satu hujah syara’ yang
diwajibkan mengikutinya, jika fatwa tersebut tidak disandarkan kepada
Rasulullah s.a.w. Ini adalah pendapat jumhur (kebanyakan) ulama.
Ada juga ulama’ berpendapat makruh bersetubuh pada malam pertama
hari raya Aidl Fitri dan Aidil Adha.
C. Perkara yang haram dalam persetubuhan
1. Haramjima’ketika isteri haid, nifas dan wiladah. Jikabersetubuhpastikan
putus haid, nifas dan wiladah dan selepas mandi hadas besar.
“Mereka bertanya kepadamu tentang haidh, katakanlah: “Haidh itu
adalah suatu kotoran”, oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari
wanita di waktu haidh, dan janganlah kamumendekatimereka, sebelum mereka
suci, apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang
diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang
taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah : Ayat
222)
Dari Masruuq b.Ajda’i berkata: “Aku telah bertanya kepada
‘Aisyah tentang sesuatu yang boleh dilakukan seorang suami terhadap isterinya
yang sedang Haid.” ‘Aisyah menjawab, Apa saja boleh, kecuali kemaluannya (bersetubuh).
(Riwayat Bukhari)
2. Haramjima’melalui jalan belakang (melalui dubur) walau
pun isteri. “Terkutuklah orang yang menyetubuhi isteri diduburnya.” (Hadits
Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’i dari Abu Hurairah.)
3. Haramjima’membawa ayat-ayat Al-Quran nama-nama Allah,
Nabi. Malaikat dan lain lain seperti azimat.
4. Haramjima’dalam masjid / surau.
5. Haramjima’sedang berpuasa di bulan Ramadhan.
6. Haramjima’sedang dalam ihram haji atau ihram umrah.
7. Haramjima’di tempat terbuka (tempat awam).
Tambahan
Bolehmendatangidari arah mana pun untukbersetubuh,
tidak kira depan, tepi atau belakang, asalkan sasarannnya ialah lubang faraj,
dan bukannya lubang dubur.
Dari Jabir b. Abdulah berkata, bahawa orang-orang Yahudi
(beranggapan) berkata, Apabila seseorang menyetubuhi isterinya pada kemaluannya
melalui belakang maka mata anaknya (yang lahir) akan menjadi juling. Lalu
turunlah ayat suci demikian:
“Isteri-isteri kamu adalah ladang bagimu maka datangilah
ladangmu itu dari arah mana saja yang kamu sukai”. (Surah Al Baqarah – ayat 223)
Bersetubuh@berjima’dengan
isteri adalah satu ibadah dan mendapat pahala jika melakukannya. Rasulullah
s.a.w. bersabda: “…..dan apabila engkau menyetubuhi isterimu, engkau mendapat
pahala”.
Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, adakah seseorang dari
kami mendapat pahala dalam melampiaskansyahwat?
Nabi menjawab: “Bukankah kalau dia meletakkan (syahwatnya)
di tempat yang haram dia akan berdosa? Demikian pula kalau dia meletakkan (syahwatnya)
pada jalan yang halal maka dia mendapat pahala.” (Hadits Riwayat Muslim).
Dan jika mahu mengulangijima’, hendaklah dibasuh dahulu
zakar. Seperti mana sabda Rasulullah S.a.w yang bermaksud,“Apabila di
antara kamu telah mencampuri isterinya kemudian dia akan mengulangi
persetubuhannya itu maka hendaklah dia mencuci zakarnya terlebih dahulu.”(Hadits
Riwayat Baihaqi)
والله أعلم
Sumber http://hafizamri.com/adab-adab-bersetubuh-dalam-islam/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar