Kamis, 12 Maret 2015

Daftar rujukan



Daftar Rujukan disusun dengan tata cara seperti contoh berikut ini dan diurutkan secara alfabetis dan kronologis.

Buku:
Anderson , D.W., Vault, V.D. & Dickson, C.E. 1999. Problems and Prospects for the Decades Ahead: Competency Based Teacher Education . Berkeley: McCutchan Publishing Co.

Buku kumpulan artikel:
Saukah, A. & Waseso, M.G. (Eds.). 2002. Menulis Artikel untuk Jurnal Ilmiah (Edisi ke-4, cetakan ke-1). Malang: UM Press.

Artikel dalam buku kumpulan artikel:
Russel, T. 1998. An Alternative Conception: Representing Representation. Dalam P.J. Black & A. Lucas (Eds.), Children's Informal Ideas in Science (hlm. 62-84). London: Routledge.

Artikel dalam jurnal atau majalah:
Kansil, C.L. 2002. Orientasi Baru Penyelenggaraan Pendidikan Program Profesional dalam Memenuhi Kebutuhan Dunia Industri. Transpor , XX (4): 57-61.

Artikel dalam koran:
Pitunov, B. 13 Desember, 2002. Sekolah Unggulan ataukah Sekolah Pengunggulan? Majapahit Pos , hlm. 4 & 11.

Tulisan/berita dalam koran (tanpa nama pengarang):
Jawa Pos. 22 April, 1995 . Wanita Kelas Bawah Lebih Mandiri, hlm. 3.

Dokumen resmi:
Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. 1978. Pedoman Penulisan Laporan Penelitian . Jakarta: Depdikbud.
Undang-undang Republik Indonesia Nomor 2 tentang Sistem Pendidikan Nasional . 1990. Jakarta: PT Armas Duta Jaya.

Buku terjemahan:
Ary, D., Jacobs, L.C. & Razavieh, A. 1976. Pengantar Penelitian Pendidikan . Terjemahan oleh Arief Furchan. 1982. Surabaya: Usaha Nasional.

Skripsi, Tesis, Disertasi, Laporan Penelitian:
Kuncoro, T. 1996. Pengembangan Kurikulum Pelatihan Magang di STM Nasional Malang Jurusan Bangunan, Program Studi Bangunan Gedung: Suatu Studi Berdasarkan Kebutuhan Dunia Usaha Jasa Konstruksi . Tesis tidak diterbitkan. Malang: PPS IKIP MALANG

PANDUAN


 MENULIS RUJUKAN

Sesebuah penulisan ilmiah kebiasaannya mempunyai rujukan. Jika diperhatikan, ada pelbagai cara untuk menulis sumber-sumber rujukan. Bagi para pelajar UKM, Gaya UKM merupakan satu gaya atau cara penulisan yang harus digunakan. Tujuan supaya para pelajar menggunakan Gaya UKM ialah untuk mendapatkan keseragaman dalam penulisan.

Dalam modul ini akan diberi penjelasan terhadap cara menulis rujukan dalam teks bagi sesebuah penulisan. Selain itu juga akan dijelaskan cara menulis senarai rujukan. Kedua-dua aspek ini adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam penulisan ilmiah. Petikan Menurut Kamus Dewan(1989:961), petikan bermaksud mengambil atau menyalin sebahagian dari isi buku. Dalam sesebuah penulisan khasnya penulisan ilmiah, petikan merupakan sesuatu yang perlu kerana peetikan yang diambil dapat membantu dalam menegaskan atau menyokong sesuatu gagasan yang hendak disampaikan. Terdapat dua cara mengambil petikan dari sesebuah penulisan atau teks.
Petikan yang disisipkan di dalam ayat. Petikan yang disisipkan atau yang diambil dari sesebuah teks haruslah tidak melebihi 40 patah perkataan. Sisipan ini juga mesti dimulai dan akhiri dengan tanda petik, contohnya seperti yang berikut: Ducrot dan Todorov (1981:300), berpendapat style atau gaya sebagai "Ö pilihan di antara sejumlah tertentu dari kemungkinan-kemungkinan yang ada dalam bahasa yang terdapat dalam wacana"
Petikan yang melebihi 40 patah perkataan. Dalam sesebuah penulisan yang mengambil petikan daripada sumber lain hendaklah perhatikan jumlah perkataan yang terdapat dalam petikan tersebut. Petikan yang melebihi 40 perkataan hendaklah ditaip berasingan pada perenggan yang baru. Harus juga diingat bahawa petikan tersebut ditaip dengan langkau dua dan dengan ensotan tanpa tanda petik, contohnya seperti yang berikut:

Rahman Shaari (1993: 56) mengatakan bahawa:
Orang yang mahir menggunakan bahasa secara yang berkesan ialah penyair dan sasterawan.

Ini diakui oleh ahli-ahli bahasa bahawa sebenarnya mereka memulakan kajian berdasarkan karya-karya sasaterawan.mereka memerlukan bahasa yang baik untuk dianalisis bagi tujuan pengajaran.Kalau mereka mereka membuat kajian tentang dialek-dialek, atau tentang bahasa di tepi-tepi jalan, atau di pasar-pasar lambak, hasil kajian itu bukanlah untuk pengajaran. Hasil kajian sedemikian hanya untuk maklumat dan dokumentasi sahaja. Senarai rujukan Dalam sesebuah penulisn ilmiah, senarai rujukan tidak dapat ditinggalkan kerana merupakan sesuatu yang penting untuk menyenaraikan segala bahan atau sumber rujukan yang telah digunakan. Bahagian senarai rujukan hendaklah mengandungi bahan yang dirujuk atau digunakan dalam sesebuah penulisan. Senarai rujukan hendaklah dimulakan pada halaman atau muka surat baru dengan perkataan RUJUKAN ditaip 30 mm dari birai atas dan tengah-tengah anatara jidar kiri dengan jidar kanan.

Semua bahan rujukan hendaklah disusun mengikut abjad. Selain itu ada beberapa perkara asas yang perlu diperhatikan dalam menulis rujukan seperti :
Judul buku dan judul jurnal/makalah hendaklah ditulis dengan huruf condong. Namun penulisan huruf condong boleh juga digantikan dengan menggariskannya.huruf pertama perkataan kata nama khas dan huruf pertama judul hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf besar. Huruf lainnya pula hendaklah ditulis dengan huruf kecil kecuali sesuatu perkataan itu merupakan singkatan yang menggunakan huruf besar. Contoh:
Buku Ö 1990. Semantik Bahasa Melayu. Ö Ö 1996. Teori Psikologi Terkini. Ö
Makalah Ö 1997. Analisis makna dalam wacana bahasa Melayu. Ö
Nama pengarang hendaklah ditulis dengan lengkap seperti yang tertulis di halaman judul sesebuah karya atau yang pada halaman maklumat hak cipta. Ada beberapa cara penulisan nama pengarang seperti :
Nama pengarang Barat atau pengarang yang menggunakan nama keluarga hendaklah diringkaskan kepada nama keluarga dan nama selainnya ditulis dengan mengambil huruf-huruf pertama (parap), contohnya: Margaret Allen menjadi M. Allen. Seterusnya parap hendaklah ditulis selepas nama keluarga dan harus didahului dengan tanda koma. Contohnya: M. Allen ditulis sebagai Allen, M.
Nama pengarang Melayu dan Cina yang tercatat dengan lengkap hendaklah dikekalkan. Jika ada pengarang Melayu dan Cina yang namanya menggunakan parap maka parap mesti diletakkan selepas nama, contoh:
Ahmad A.B. dituliskan Ahmad A.B.
Tan C.H. dituliskan Tan C.H.
Ali,M.N.N. dituliskan Ali, M.N.N.
H.B. Yassin dituliskan Yassin, H.B.
K.L.Tan dituliskan Tan, K.K.
Nama pengarang Arab hendaklah ditulis mengikut nama keluarga, contoh
Ali ibn Sulayman al-Husni dituliskan al-Husni, Ali ibn Sulayman (Jika ditulis dalam urutan nama pengarang, hendaklah disenaraikan di bawah abjad H)
Dalam menulis senarai rujukan, jika terdapat lebih daripada satu sumber rujukan oleh seseorang pengarang maka penulisannya hendaklah mengikut tahun terbitan. Sementara rujukan bagi dua orang pengarang yang mempunyai nama yang sama disusun mengikut abjad nama bapa atau parap pertamanya, contoh : Masni Mohamad. 1997a. PuisiÖ Masni Mohamad. 1997b. Sajak Ö Ali bin Ahmad. 1996. Ö Ali bin Mohamad. 1989 Ö Allen, M.J. 1996. Ö Allen, R.E. 1990. Ö Di bawah ini akan diberikan contoh bagi menulis bahan rujukan secara lengkap. Bahan rujukan mungkin sahaja terdiri daripada buku, jurnal, makalah, dokumen-dokumen kerajaan dan juga bahan-bahan yang belum diterbitkan seperti tesis, kertas-kertas kerja dan sebagainya.
Cara Menulis Rujukan Yang Lengkap Untuk buku Maklumat yang lengkap terhadap sesebuah bahan rujukan hendaklah diberikan sebaik mungkin. Nama pengarang, noktah Penyunting, penyusun, penterjemah (jika ada), noktah Tahun penerbitan, noktah Judul buku (condong atau digaris bawah), noktah Nama siri buku dan jilid atau bilangan dalam siri (jika ada), noktah Edisi, selain daripada edisi pertama, noktah Bilangan jilid, noktah Tempat terbit, tidak bertindih Penerbit, noktah
Semasa menulis rujukan perlu juga diperhatikan perkara-perkara berikut;

i. kesemua nama pengarang hendaklah disenaraikan.

ii. Tahun Hijrah hendaklah ditulis bersama-sama tahun Masehi seperti: 1417H/1997.

iii. Jika terdapat lebih daripada satu tempat terbit, maka tuliskan yang pertama sahaja seperti Jakarta. Bandung. Surabaya hendaklah ditulis Jakarta sahaja. Seterusnya akan diberikan contoh untuk menulis rujukan secara lengkap. Bauldauf. Jr. R. B. & Luke. A (pnyt.) 1990. Language Planning in Quebec. Adelaide: Multilingual Matters Ltd. Jalaludin Rakhmaat. 1992. Retorika Modern. Bandung: Penerbit PT Remaja. Kusmawati Ali. 1989. Puisi Klasik. Jil. 1 & 2. Petaling Jaya: Pnerbit Ilmu Utama. Low. H.T. 1989. Bilingualism. Dlm. P.K. Toh. The study of Bilingualism: 97-89. Singapura: Log Press
Cara Menulis Rujukan Lengkap Untuk Makalah dalam Jurnal Nama Pengarang, noktah Tahun, noktah Judul Makalah, noktah Nama jurnal (condong atau bergaris bawah) Nombor jilid (tebal atau bergaris bawah) Nombor keluaran (dalam tanda kurung), noktah bertitik Halaman seluruh makalah, noktah Perlu diperhatikan, jika nombor jilid dalam angka Roman, maka hendaklah ditulis dalam huruf biasa seperti: Proceedings of the Linguistics Society Second Series Volume XXV Proc. Linguistics Soc. 25(2) Contoh-contoh seterusnya adalah seperti berikut: Aini Ahmad. 1989. Pembinaan Minda. Jurnal Psikologi 1(2): 104-108 Baharudin Ali & Susan, T. 1995. Tinjauan masyarakat asli di Rompin. Sosiologi & Antropologi 5: 22-35 Daud Samad. 1994. Puisi dan bahasa. Dewan Sastera, Jun: 55-60 Karim Ali. 1997. Kemerosotan ekonomi negara. Mingguan Malaysia, 1 September: 24. Keindahan seni ukir di Kelantan. 1996. Utusan Malaysia, 25 Ogos: 21. The Malay Mail, 1997. 3 & 4 Julai.
Cara Menulis Rujukan Yang Lengkap Untuk Bahan Tidak Terbit Bahan tidak terbit juga sering dijadikan rujukan.

Sama seperti rujukan-rujukan lain, bahan yang tidak terbit atau belum diterbitkan hendaklah ditulis dengan lengkap. Nama pengarang, noktah Tahun, noktah Judul, noktah Nombor folio, nombor kotak tempat bahan disimpan atau mana-mana Tanda pengenalan yang lain, koma Nama koleksi, noktah Nama tempat (institusi, Bandar, negeri) bahan tersebut sisimpan, koma Tarikh, noktah.

Di bawah ini akan diberikan contoh-contoh bagi bahan rujukan yang tidak terbit. Sa'adiah Ma'alip 1995. Language attitudes among Malaysian students in the UK with respect to Malay and English. Tesis Sarjana. University of York. Maslida Yusof. 1996. Peranan semantic dalam wacana bahasa Melayu. Kertas Kerja linguistik Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM, 1-2 November. Nazri Abdullah & Karim Harun. 1996. Gejala lepak di bandar-bandar besar. Laporan akhir projek penyelidikan UKM 11/96.
Cara Menulis Rujukan Yang Lengkap Bagi Dokumen Awam Dalam sesebuah penulisan, ada kalanya memang memerlukan penulis menggunakan dokumen awam sebagai rujukan. Oleh itu, cara menulis rujukan dokumen awam ini juga perlu diketahui. Di bawah ini diberikan contoh-contoh penulisan dokumen awam.
Dokumen awam yang tidak diterbitkan Dewan Undangan Negeri Pahang. 1987. Enakmen pentadbiran ugama Islam dan adat Melayu Pahang No. 8/82 (Pindaan 1987) Kementerian Pendidikan Malaysia. 1990. Huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan III:Pendidikan Islam.
Dokumen awam yang tidak diterbitkan Terdapat juga dokumen-dokumen awam yang itdak diterbitkan. Dokumen-dokumen ini jika ada nombor koleksi, maka hendaklah digunakan nombor koleksi yang ada. Sekiranya ada rujukan tambahan seperti tempat bahan rujukan, maka hendaklah dimasukkan di dalam tanda kurung, contoh:
Co 237/657/50601. 1939. Surat Gavenor Straits Settlements Sir T.S.W. Thomas kepada Secretary of State for the Clonies Malcolm MacDonald, 24 Januari 1939.
United Nations. 1986. Report of the Committee on Information. General Assembly Official Records. Forty-First Supplement No. 21 (A/41/21) New York : United Nations

Tidak ada komentar: